Berlin Reichstag Building | Bangunan Parlimen Jerman
Niat awal adalah untuk pergi ke Reichstag Building ini untuk melihat bahagian dalam Kubah/Dome berkaca yang cantik itu. Tapi sebab saya lupa nak reserve online.. saya membatalkan niat tersebut.
Dome Reistag Building. Gambar dari Internet |
Bila tengok dekat sana, kalau kita nak walk-in sahaja tanpa reservation awal ramai sangat orang beratur!
Tips: Disarankan kalau nak masuk kedalam bangunan ini datang pada hari biasa bukan hujung minggu.
Kami pergi hari Sabtu. memang tak sanggup lah nak tunggu line panjang-panjang.
Tips: Boleh register secara percuma di official website sekiranya ingin tempah terlebih awal. Terdapat beberapa dokumen pengesahan yang diperlukan. Tempahan awal lebih menjamin rasanya! Semak juga tarik pembukaan. kadang-kadang Kubah tutup untuk penyelengaraan!
Bangunan ini merupakan satu bangunan yang bersejarah siap didirikan pada tahun 1894. Sebagai sebuah parlimen untuk empayar Jerman dan Weimer Republic.
Pernah terbakar semasa Adolf Hitler menjadi Canselor/Perdana Menteri Jerman. Dan pernah dibom ketika perang dunia ke-II.
Pada tahun 1970, bangunan ini dibaiki semua dan menjadi muzium sejarah Jerman.
Selepas penyatuan German barat dan timur 1989-1990, bangunan sekali lagi dibaiki dan dibaik pulih ditambah dengan satu bangunan besar berbentuk kubah bersamanya
Akhirnya, parlimen Jerman dipindahkan kembali ke sini.
Kubah tersebut juga memberi pencahayaan dan tenaga solar secara percuma kepada parlimen Jerman itu. Reistag juga menggunakan biofuel generator untuk menjana tenaga.
Sangat green kan! Muga jadi inspirasi kepada kerajaan Malaysia juga!
Bahagian depan dan bangunan yang asal + pembaharuan credit to travel partner snap |
credit to travel partner snap |
Selain dari itu ada taman berdekatan. Tempat ini memang sangat menenangkan. enjoy video!
Video:
Masa:
Isnin 8:00 – 23:59Selasa 8:00 – 23:59
Rabu 8:00 – 23:59
Khamis 8:00 – 23:59
Jumaat 8:00 – 23:59
Sabtu 8:00 – 23:59
Ahad 8:00 – 23:59
Lokasi:
Platz der Republik 1 11011 BerlinKami berjalan dari Memorial of Murdered Jews
Info:
Britannica - Reichstag BuildingVisit Berlin - Reistag Building
Comments
Post a Comment