Melewati Berlin Wall Yang Memisahkan Berlin Barat dan Timur (Berlin Memorial Wall)
Tembok inilah yang memisahkan Berlin kepada dua bahagian Barat dan Timur dari tahun 1961 hingga 1989.
Lama tu selama 27 tahun lamanya!
Dijangkakan dalam tempoh tersebut seramai 100 000 orang cuba melarikan diri, kerana ingin bebas dari regim Germany Democratic Republic, dan untuk pergi ke bahagian Barat Berlin, terus bahagian Barat Jerman dan negara eropah yang lain.
Namun hanya 5000 orang yang berjaya, selainnya ada yang mati lebih kurang 136-200 orang.
Cerita mereka lebih kurang seperti Korea Utara dan Korea Selatan sekarang. Yang membahagikannya adalah manusia yang rakus akan kekuasaanya dan ideologi mereka.
Kami sangat lapar masa itu, jadi singgah kat satu cafe halal nama dia Ost-West-Cafe, betul-betul depan stesen U Bernauer Str. (Berlin). Sangat kebetulan dan memang berdekatan. Depan kedai memang dia tampal "Halal". Dalam website zabihah pun ada.
Kalau singah di Berlin, saya rasa ini adalah tempat yang wajib dilawati. Bagi melihat sendiri tinggalan sejarah dan memahami tentang peperangan, dan kepentingan keamanan dunia.
Biasa anda tengok orang kongsi gambar bersama mural di dinding, itu pula terletak di East Side Gallery. Nantikan sharing saya tentang East Side Gallery ya!
Lama tu selama 27 tahun lamanya!
Tinggalan yang ada..hanyalah besi-besi credit to travel partner snap |
Kat sini lighting cantik kalau nak bergambar. Model je yang tak cantik ni ahahaha credit to travel partner snap |
Dekat sini ada banyak informasi berbanding dengan East Side Gallery credit to travel partner snap |
Dijangkakan dalam tempoh tersebut seramai 100 000 orang cuba melarikan diri, kerana ingin bebas dari regim Germany Democratic Republic, dan untuk pergi ke bahagian Barat Berlin, terus bahagian Barat Jerman dan negara eropah yang lain.
Namun hanya 5000 orang yang berjaya, selainnya ada yang mati lebih kurang 136-200 orang.
Cerita mereka lebih kurang seperti Korea Utara dan Korea Selatan sekarang. Yang membahagikannya adalah manusia yang rakus akan kekuasaanya dan ideologi mereka.
Lokasi:
Tidak jauh dari Stesen U Bernauer Str. (Berlin) , keluar dari stesen cuba cari padang kosong yang ada besi-besi. Lihat video saya untuk lebih jelas lagi.Tips: Kami menggunakan daily pass, boleh pilih merangkumi kawasan AB atau ABC semak lokasi yang ingin dituju. Penggunaan daily pass lagi jimat dan berguna kalau tersesat. Tambahan masa diberikan adalah sehingga jam 3AM. ticket biasa hanya satu hala boleh berhenti-henti tapi dalam masa 2jam agak risiko.
Untuk trip hari pertama kami menggunakan kawasan AB, 7euro / RM32.29
Video:
Kami sangat lapar masa itu, jadi singgah kat satu cafe halal nama dia Ost-West-Cafe, betul-betul depan stesen U Bernauer Str. (Berlin). Sangat kebetulan dan memang berdekatan. Depan kedai memang dia tampal "Halal". Dalam website zabihah pun ada.
Tips:Jangan order air putih.mahal sangat, specially dalam cawan. Order tea/coffee.
Bawa botol, isi air dari paip. Air disana boleh minum terus dari paip. Set makanan ini masih bawah 10 euro / RM 46.12
Kalau singah di Berlin, saya rasa ini adalah tempat yang wajib dilawati. Bagi melihat sendiri tinggalan sejarah dan memahami tentang peperangan, dan kepentingan keamanan dunia.
Biasa anda tengok orang kongsi gambar bersama mural di dinding, itu pula terletak di East Side Gallery. Nantikan sharing saya tentang East Side Gallery ya!
Comments
Post a Comment