Scoot Flight Penerbangan Murah Selain dari Air Asia
Salam semua, Post kali ini ada kena mengena dengan trip Timur Eropah 2018 saya! Pernah tak anda terbang tinggi di awan nano dengan Scoot Airline ? Sebenarnya saya pun tidak tahu kewujudan Scoot Airline, sampai lah satu hari terserempak dekat internet. Scoot Flight adalah penerbangan tambang murah dari Singapura, dan adalah bawah naungan Singapore Airlines guys! Untuk tahun 2019, Scoot punya ranking dalam World’s Best Low-Cost Airlines 2019 adalah yang ke-11. Pertama still Air Asia! Power! Apa yang bestnya Scoot Flight Ni? Route-route yang Air Asia tak cover ke Eropah: Apa yang saya suka tentang Scoot Flight adalah kerana dia akan transit dekat Singapore dan membolehkan route-route jauh di Eropah seperti Germany, Paris, Denmark, Greece, Bulgaria, Belgium dan banyak lagi! Hand carry 10kg: Penerbangan Scoot Flight juga selesa. Dan untuk hand carry kita dibenarkan untuk membawa 10kg beg. Sangat-sangat berbaloi. Harga sangat-sangat berpatutan: Betul ia tidak termasuk che...