Itinerary di Budapest, Hungary 2 hari 2 malam RM183.93
Kenapa mesti lawat Budapest di Hungary? Budapest, ibu kota Hungary, diwujudkan pada tahun 1873 dengan penggabungan tiga bandar: Buda, Óbuda dan Pest. Kota ini mempunyai bangunan bersejarah iaitu Buda Castle dan Sungai Danube yang dilindungi oleh Unesco World Heritage Kalau lihat di waktu malam pun nampak gah bangunan-bangunan lama bercahaya-haya dari jauh memang menakjubkan untuk dilawati. Makanan, tempat tinggal dan pengangkutan di bandar ini amatlah murah berbanding negara Eropah yang lain. Tapi yang paling utama adalah bangunan bangunan tinggalan sejarah. Photo by Lucas Davies on Unsplash Tempat menarik di Budapest untuk dilawati (Klik untuk info lanjut) Budapest Castle Hill Szechenyi Chain Bridge Budapest City Park Kawasan seperti Budapest Castle Hill amatlah besar untuk diterokai, jika diperuntukkan selama satu hari mungkin lebih memuaskan. Pengangkutan Sepanjang berada di Budapest, kami menggunakan daily pass yang berharga HUF 1 650 / RM22.29 / 4.89 ...