Berlin Reichstag Building | Bangunan Parlimen Jerman
Salam Semua! Niat awal adalah untuk pergi ke Reichstag Building ini untuk melihat bahagian dalam Kubah/Dome berkaca yang cantik itu. Tapi sebab saya lupa nak reserve online.. saya membatalkan niat tersebut. Dome Reistag Building. Gambar dari Internet Bila tengok dekat sana, kalau kita nak walk-in sahaja tanpa reservation awal ramai sangat orang beratur! Tips: Disarankan kalau nak masuk kedalam bangunan ini datang pada hari biasa bukan hujung minggu. Kami pergi hari Sabtu. memang tak sanggup lah nak tunggu line panjang-panjang. Tips: Boleh register secara percuma di official website sekiranya ingin tempah terlebih awal. Terdapat beberapa dokumen pengesahan yang diperlukan. Tempahan awal lebih menjamin rasanya! Semak juga tarik pembukaan. kadang-kadang Kubah tutup untuk penyelengaraan! Bangunan ini merupakan satu bangunan yang bersejarah siap didirikan pada tahun 1894. Sebagai sebuah parlimen untuk empayar Jerman dan Weimer Republic. Pernah terbakar sem...