Masjid Pertama dalam Dunia dapat elektrik! Masjid Gazi Husrev Bey
Salam! Ok, kita cerita dahulu sejarah tentang masjid ini ya. Masjid Gazi Husrev Bey siap dibina pada abad ke-16/ke-15 (ada perbezaan pendapat), atas arahan Gabenor Bosnia yang dihantar oleh kerajaan Uthmaniyah untuk menguruskan Bosnia. Gabenor ini mengarahkan untuk membina masjid di Sarajevo. Masjid ini dibina oleh pekerja-pekerja Kristian. Pada waktu itu penduduk kawasan Bosnia kebanyakkan berugama Kristian, ini kerana Kristian telah pun datang di bumi Bosnia pada abad ke-9 lagi~ Gabenor ini sangat baik, yang bernama Gazi Husrev Beg. Beliau banyak menyumbangkan bangunan seperti madrasah, perpustakaan, tempat tinggal percuma untuk musafir atau pedagang, masjid, tempat mandi awam dan juga tandas awam kepada pembangunan Sarajevo pada ketika itu. Gereja dalam perkarangan Masjid? Seperti yang saya katakan tadi, pekerja-pekerja binaan masjid ini bukanlah orang Islam, kerana kebaikan Gabenor tadi, beliau mengarahkan gereja kecil untuk dibina dalam perkarangan Masjid...