Stesen Bas di UAN Florenc Prague, Czech Republic
Salam semua!
Setelah menaiki bas selama 3 jam dari Berlin Schonefeld Airport akhirnya kami tiba di Prague! Kami memilih untuk berhenti di Stesen Bas UAN Florenc Prague bagi memudahkan lagi urusan travel seterusnya.
Kami tidak akan duduk lama di Prague, 1 hari sahaja dan malam itu juga kami bertolak ke Vienna.
UAN Florenc adalah terminal bas utama di Prague!
Ya Allah ya Tuhanku, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa seksanya nak tunggu pukul 5AM itu. Kenapa? Ini disebabkan waktu itu sedang hujan renyai-renyai dan menyebabkan kami kesejukkan dalam menunggu.
Lepas kami dah prepare, rehat semua, bersihkan diri, breakfast, kami teruskan perjalanan seterusnya untuk berjalan-jalan sekitar Prague.
Mudahnya hanya kurang dari 5 minit berjalan kaki dari Stesen Bas UAN Florenc untuk ke stesen kereta api berdekatan.
Hari-hari dari 5:00 AM - 12:00 AM
Dewan Terminal H2
Hari-hari dari 6:00 AM - 10:00 PM
Setelah menaiki bas selama 3 jam dari Berlin Schonefeld Airport akhirnya kami tiba di Prague! Kami memilih untuk berhenti di Stesen Bas UAN Florenc Prague bagi memudahkan lagi urusan travel seterusnya.
Kami tidak akan duduk lama di Prague, 1 hari sahaja dan malam itu juga kami bertolak ke Vienna.
UAN Florenc adalah terminal bas utama di Prague!
Bahagian luar stesen bas ; Gambar dari internet |
Ruangan dalam Terminal Hall 1; waktu pagi tak ramai orang. Kaunter beli tiket, tapi kami dah beli siap-siap semua online. Malam ramai penuh |
Buka Pukul 5 AM
Saya ingin bercerita tentang stesen ini terlebih dahulu. Memandangkan kami tiba pukul 4:30 AM, ruangan dalam stesen in masih lagi belum buka.Ya Allah ya Tuhanku, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa seksanya nak tunggu pukul 5AM itu. Kenapa? Ini disebabkan waktu itu sedang hujan renyai-renyai dan menyebabkan kami kesejukkan dalam menunggu.
Dua Dewan Terminal
Boleh tengok peta interaktif di laman sesawang rasmi stesen ini.- Terminal H1
- peta interaktif terminal H1
- buka pukul 5 AM
- ramai orang suka tunggu disini, agak berebut kerusi.
- ada tempat jual makanan (burger king pun ada!), plug untuk charge, toilet, locker, tukar duit, atm
- tempat mandi rosak. kami cadang nak mandi..tak jadi
- ada kedai mini market, kalau nak beli air/roti boleh lah atau nak habiskan duit Czech Republic
- kalau nak melepak disini mungkin sebab nak charge phone, internet, atau nak pergi toilet (20 CZK) , nak hantar bag dekat locker ( 70CZK per/item) ok kalau nak berehat lebih baik pergi ke Terminal H2
- Terminal H2
- peta interaktif terminal H2
- buka pukul 6 AM
- tak ramai orang dekat sini, jadi kalau nak kemas bag atau nak berehat ok juga banyak ruang.
- ada kedai mini market juga, atm, tukar duit, locker
- toilet dia macam tak nampak.dan tak buka...
Dekat dengan Stesen Florenc Subway
Stesen kereta api Florenc; Gambar internet |
Lepas kami dah prepare, rehat semua, bersihkan diri, breakfast, kami teruskan perjalanan seterusnya untuk berjalan-jalan sekitar Prague.
Mudahnya hanya kurang dari 5 minit berjalan kaki dari Stesen Bas UAN Florenc untuk ke stesen kereta api berdekatan.
Boleh ambil RegioJet dari sini
Selepas kami berjalan-jalan di bandar Prague, kami pulang kembali ke sini untuk ambil bus RegioJet ke Vienna pula. Sekiranya tidak tahu status bas yang ditunggu, boleh tanya ruangan kaunter untuk memastikan kita tidak terlepas bas, selain itu boleh sentiasa perhatikan notice board.Eropah terkenal dengan isu penyeluk saku dan gelandangan yang berkeliaran di tempat awam yang ramai orang. Sentiasa bersiap siaga ya. Perhatikan barang-barang anda.
Travel tips: Sentiasa buat kiraan awal berapa jumlah yang diperlukan apabila berada di sesuatu negara. Lepas kiraan dibuat boleh lah buat penukaran mata wang tersebut dan belanja ikut budget :D
Rujukan
Laman Sesawang Rasmi Stesen Bas UAN FlorencWaktu Operasi
Dewan Terminal H1Hari-hari dari 5:00 AM - 12:00 AM
Dewan Terminal H2
Hari-hari dari 6:00 AM - 10:00 PM
Comments
Post a Comment