Translate

Semua rakyat Malaysia patut lawat Taman Merdeka Johor


Assalamualaikum semua!

Hari ini saya nak bercerita tentang Taman Merdeka Johor. Ok tujuan utama perjalanan dari Kuala Lumpur - Melaka - Johor adalah bertujuan untuk mempelajari susur galur dna Melayu saya sendiri selain daripada menikmati cuti pendek dan meluangkan masa bersama keluarga.

Saya terjumpalah info tentang Taman Merdeka Johor, merupakan satu kawasan bekas paya dan taman percutian kini bertukar menjadi satu taman dan kawasan awam bagi memperingati sejarah Malaysia dalam mendapat kemerdekaan.

Dalam pelan kawasan di atas kita dapat lihat ada 9 jenis laman di taman ini. Ya ia agak besar, sambil berjalan, sambil kita boleh memperingati sejarah yang berlaku di tanah air ini sehinggalah kita mendapat kemerdekaan. 

Saya rasa kawasan ini amat menarik bagi pelajaran luar buku teks untuk orang ramai melihat gambaran dan peristiwa-peristiwa menarik sebelum Malaysia mendapat kemerdekaan.

Laman Melayu

Laman pertama yang kita akan lihat selepas memasuki kawasan Taman Merdeka Johor, ada gym, surau, toilet, laman informasi dan juga kolam ikan koi ini. Sejujurnya tempat ini nampak macam kurang pengurusan. Dari segi kebersihan, dan surau juga dikunci pada waktu itu. Jadi saya agak kecewa tapi memandangkan taman ini besar mungkin ia sangat mahal untuk kos pengurusan.  Di sepanjang perjalanan, kami ada nampak pekerja-pekerja yang buat binaan tambahan dalam taman ini.


Laman Sultan Abu Bakar

Laman ini pula merupakan laman peringatan Sultan Abu Bakar, sultan Johor yang ke-21.  Sultan Abu Bakar merupakan putera kepada Temenggong Daeng Ibrahim yang merupakan Sultan Johor dari Dinasti Temenggong. Ini kerana susur galur kesultanan Melayu Melaka terhenti pada kemangkatan Sultan Mahmood yang tidak mempunyai waris.

Sultan Abu Bakar diputerakan pada 3 Februari 1833 apabila Temenggong Daeng Ibrahim mangkat pada 1862.

Baginda telah mentadbir Johor ;  mengabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat. Beliau dikenali sebagai Bapa Johor Moden.

Kawasan di laman ini dibina dengan pengaruh bangunan Inggeris yang datang ke Johor tahun 1800an





Tandas yang sangat cantik binaannya

Laman Peringatan Jepun

Laman ini memperingatkan bagaimana tentera Jepun menyeludup masuk dan menyerang tanah melayu. Gambaran kehidupan semasa penjajahan Jepun yang bertahan selama 4 tahun lamanya. Terdapat juga lagu kebangsaan Negara Jepun yang turut diukir...





Kapal Jepun yang berlayar dan berhenti di Kota Bharu sebelum masuk ke tanah Melayu


Kekejaman Jepun


Rakyat miskin dan kelaparan

Lagu Kebangsaan Jepun; lagu ini telah diajar kepada murid-murid sekolah di tanah melayu.

Lagu Kebangsaan Jepun; Merupakan lagu kebangsaan terpendek di dunia
Boleh tengok video youtube di bawah bunyi dan maksud lagu kebangsaan Jepun ini


bombing. tak pasti yang Jepun serang pearl harbour atau us serang Hiroshima

Dapat nampak meriam ya

Laman Komunis

Sejarah asal Parti Komunis Malaya bermula selepas pembubaran South Seas Communist Party. South Seas Communist Party ini bermula 1925 apabila Communist Party of China berpecah dan mengasingkan pusat-pusatnya dan memberi laluan kepada gerakan komunis tempatan.

SSCP digerakan awalnya oleh seorang komunis di Indonesia kemudiannya SSCP menubuhkan ibu pejabat mereka di Singapura.  Dan dibubarkan pada tahun 1930 dan akhirnya membuka gerakan parti komunis national iaitu Parti Komunis Indo-China, Parti Komunis Siam dan Parti Komunis Malaya.

Semasa kedatangan Jepun, PKM telah membentuk MPAJA; Tentera Anti Tentera Jepun Malaya yang bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun, namun mereka tidak berjaya.

Apabila tentera Jepun menyerah kalah setelah Hiroshima dan Nagasaki di bom oleh tentera Amerika yang  menggunakan nuclear bom dan telah mengakibatkan kemusnahan besar kepada Jepun dan rakyatnya. PKM telah mengambil kesempatan untuk menjajah Tanah Malaya dan melakukan pelbagai kerosakan, keganasan dan rusuhan.






Laman Peringatan Semarak Kemerdekaan

 Disini kita dapat melihat seni lukisan yang memaparkan perpaduan antara satu sama lain, dan usaha-usaha yang dijalankan bagi memerdekakan tanah air kita!

Penolakkan Malayan Union







Laman Peringatan Kemerdekaan

Malaysia telah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957! Laungan merdeka yang diulang sebanyak 7 kali oleh Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Dan Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan.

Peristiwa Laungan Merdeka!











 Laman Malaysia

Dekat sini ada menara jam seperti yang ada di bandar Johor Baharu. Dalam laman ini juga ada tempat makan (tidak beroperasi), kedai-kedai.  Selain itu ada kawasan dengan alatan senam di sini atau pun gym terbuka :D


Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu 

Saya tak pasti apa tujuan dia. Tapi kadang-kadang ada orang buat persembahan di sini.



Ok Itu sahaja perkongsian kali ini. Semuga segala info ini bermanfaat untuk kita semua ya!

Google map location & reviews!


Rujukan:
https://gyppotravelreviews.wordpress.com/2018/07/27/taman-merdeka-johor-bahru/
https://shahscorner.files.wordpress.com/2013/02/dscf1610.jpg?w=474
https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/sejarah-kesultanan-johor/
http://www.arkib.gov.my/web/guest/keganasan-komunis1
https://en.wikipedia.org/wiki/South_Seas_Communist_Party

Comments

Popular posts from this blog

Berkhemah di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson

Percutian 12 hari 6 Negara Timur Eropah Kos RM 4363.03

Kolam Air Panas Jasin Melaka | Jasin Hot Spring RM10 jer!

Labels

astronomical clock1 atartuk airport1 austria4 backpacker hostel2 bas vienna to budapest1 bastion1 bazar1 BBQ di Pantai Tanjung Biru1 beacon inn1 beacon inn capsule hotel1 benteng1 Berkhemah Di Pantai Tanjung Biru1 berlin16 berlin schonefeld airport1 berlin 3 days 1 night hostel1 berlin airport1 berlin amerika checkpoint1 berlin attractions4 berlin bradenburg gate1 berlin cathedral1 berlin charlie checkpoint1 berlin cheap + clean hostel1 berlin checkpoint1 berlin city hall1 berlin east side gallery1 berlin germany1 berlin hostel1 berlin itinerary1 berlin jews city1 berlin jews memorial1 berlin memorial wall1 berlin monuments1 berlin mosque1 berlin museum island1 berlin old city hall1 berlin parliament1 berlin St. Nicholas Church1 berlin tegel airport1 berlin tegel airport bus1 berlin tegel airport scoot1 berlin tegel airport transport1 berlin topography of terror1 berlin wall2 berlin wall east side gallery1 berlin wall must visit1 berlin world war 21 blue mosque1 bosnia11 bosphorus tour1 Bradenburg gate berlin1 buda castle1 budapest10 budapest airport2 budapest castle hill1 budapest hungary3 budapest liszt ferenc international airport1 bundle1 bus at schonefeld airport1 bus prague1 bus prague to vienna2 caravan saray1 casa blanca guest house1 castle1 chain bridge budapest1 cheap hostel berlin1 cheap prague1 cheap train to hallstatt1 church1 church of our lady before tyin1 church sarajevo1 city park1 city park budapest1 clean capsule hotel1 cloth1 craft1 czech1 czech republic4 danga bay1 danga bay park1 denai alam1 dinasti1 eastern europe1 eropah8 europe trip4 eyub mosque1 fisherman's bastion1 flight eastern europe1 flight europe1 flixbus1 flixbux schonefeld airport1 flor de lamar1 food1 fort1 free hotel1 free tour1 free tour sarajevo1 galata tower1 gereja1 gereja sarajevo1 germany16 Germany parliament1 guest house reviews1 halal1 halal budapest1 halal food1 halal food at berlin wall1 halal food at checkpoint charlie1 halal food berlin1 halal food budapest1 halal food europe1 halal food sarajevo1 halal vieanna1 hallstatt1 hallstatt from vienna1 hallstatt village1 hallstatt village austria1 halltstat1 hanchi hostel1 heroes' square1 holocaust berlin1 holocaust yahudi1 homestay murah di melaka bawah rm1001 horse riding1 hostel1 hostel bosnia1 hostel in berlin1 Hostel O'Berlin1 hostel review2 hostelreview1 hot spring1 hotel1 hotel budget melaka1 hotel murah di bandar hilir melaka1 how to travel cheap to hallstatt1 hungary9 hungrary1 hyderabad3 india3 inn1 istana bukit serene1 istana johor1 istana johor di bukit serene1 istanbul9 istanbul airport1 istanbul cruise1 istanbul mosque1 istanbul turki1 istiklal1 itinerary7 itinerary berlin1 itinerary budapest1 itinerary eropah2 itinerary johor1 itinerary johor melaka1 itinerary kl1 itinerary melaka1 itinerary prague1 itinerary sarajevo1 itinerary selatan1 jalan johor3 jalan melaka4 jalan selatan7 jalan-jalan melaka5 jasin1 jasin hot spring1 jeddah1 johor capsule hotel1 kapal portugis1 kl2 kl itinerary1 klcc1 Kolam Air Panas Jasin Melaka1 kos percutian timur eropah1 kuala lumpur itinerary1 kubu1 kubur ahmad ammar1 kuda1 laman istana bukit serene1 lapangan terbang1 lapangan terbang budapest1 lawat berlin wall1 learn malay language1 learn malaysia language1 low cost airline2 makanan halal austria1 makanan halal vienna1 makanan istanbul1 malay phrases1 malay words1 malaysia5 markthalle neun1 masjid6 masjid ayub1 masjid biru1 masjid bosnia1 masjid budapest1 masjid di istanbul1 masjid hungary1 masjid sarajevo1 masjid selat melaka1 masjid turki2 matthias church budapest1 maverick hostel1 meetbosnia1 meetbosniatour1 melaka1 melaka guest house1 memorial of murdered jews berlin1 mosque3 mosque in berlin1 municipal house1 museum3 museum of agriculture hungary1 muzium2 muzium flor de lamar1 muzium kapal selam melaka1 muzium melaka1 muzium samudera1 muzium tldm1 national gallery prague1 nizam1 nuruosmaniye mosque1 old orthodox church1 old red tram1 old town prague1 omar ibn al-khattab mosque1 omar moschee1 one day in prague1 padang pasir pantai klebang1 pantai klebang pasir1 Pantai Tanjung Biru1 Pantai Tanjung Biru Camping1 Pantai Tanjung Biru Tenang dan Lawa1 parlimen jerman1 pasar di berlin1 pasir melaka1 pasir pantai klebang1 pembunuhan yahudi1 penginapan di melaka1 Percutian timur eropah6 Perkhemahan pertama di Pantai Tanjung Biru1 pigeon square bosnia1 pigeon square hostel bosnia1 powder tower1 prague4 prague castle1 prague itinerary1 prague ke vienna1 pulau perhentian1 pulau perhentian april 20181 pulau perhentian mesti lawat1 pulau perhentian story1 pulau perhentian trip1 quadriga1 recreational park1 regiojet prague2 reistag buidling germany1 reistag building berlin1 restoran turkis1 saint nicholas church1 sajevo international airport1 salt mine hallstatt1 sarajevo10 saudi airline1 schonefeld airport1 scoot flight1 scoot flight air asia1 scoot flight macam air asia1 scoot flight murah1 scoot flight review1 seafood istanbul1 seafood turki1 sebilj1 selangor1 shah alam1 shopping2 skudai river1 skywalk hallstatt1 solat di masjid selat melaka1 soviet war memorial1 soviet war memorial berlin1 soviet war memorial tiergarden berlin1 square2 stall turkis1 star kebab restaurant1 Széchenyi Chain Bridge1 taksim square1 taman merdeka johor1 taman rekreasi1 taxi airport1 tidur johor1 tidur mana best johor?1 timur eropah8 traditional1 train to hallstatt1 tram1 tunnel tram1 turki13 turkis halal1 turkis kebab1 turkish airline1 UAN Florenc1 UAN Florenc bus1 UAN Florenc bus station1 UAN Florenc regiojet1 vajdahunyad castle1 vieanna hallstatt1 vienna2 vienna to budapest1 visit malaysia1 visit malaysia 20201 vratnik1 winter1 wizzair1 yahudi1 yahudi berlin1 yahudi berlin eropah1 yahudi eropah1 yellow bastion1 zoo1
Show more