Salam Guys!
Selepas check-in di
Marverick Lodge dan solat, kami bergegas ke restoren Al-Amir (Kedai makanan halal Syria) di kota Budapest.
Kedai dia cantik dan elegant gituh~
Jarak dari
Marverick Lodge, ke restoran ini lebih kurang 30 minit berjalan kaki.
Restoran Al Amir
Masa sampai di sini saya terus memilih menu nasi, dan lauk harian. Set ini agak murah dan berbaloi. Harga kalau tak silap dalam 2200 HF/ RM29.33
|
Ini soup tomato, ada bendi, ada daging/lamb saya tak ingat. rasa pekat tomato. boleh lah |
|
Mira pula order bahagian Chicken Wing/Drummete dapat sekali dengan salad. Yang putih itu either sos yogurt / garlic. Dapat juga jeruk timun.
|
Set ini kalau tak silap harga 2000 HF/ RM27 Banyak ayam dia memang puas. |
Apa yang kami makan ini still bawah 10euro setiap satu set. Alhamdulillah.
|
Cantik kan depan dia |
Bahagian dalam pula
|
gambar internet |
|
gambar internet antara pilihan yang ada best! |
|
Gambar internet boleh tengok dia panggang live |
|
Gambar Internet |
|
Lokasi
Al Amir Étterem
Budapest, Petőfi Sándor u. 18, 1052
Restoran Star Kebab
Selain dari Al-Amir, keesokkannya kami juga mencuba makanan halal Turki di Star Kebab. Dekat budapest ini agak senang nak cari makanan halal sebab nampak beberapa kedai/stall kecil juga jual makanan halal di kawasan menghala ke Maverick Lodge.
Untuk Star Kebab ini di lebih kepada makanan murah, kebab, makanan delivery. Dari segi kualiti dan kebersihan tidak setanding Restoran Al Amir. Servis dia pun tak lah friendly mana.. Dari segi portion memang besar dan harga murah. boleh kongsi dua orang.
|
Harga sepinggan ini kalau tak silap dalam 1000HF ++ / RM 13 ++ dapat ayam, kentang |
|
Gambar dari Internet bahagian dalam |
|
Gambar dari Internet Bahagian luar restoran |
Lokasi
Starkebab Török Étterem
Károly krt. • 1075 Budapest, Károly krt. 5.
Makanan di Budapest lagi murah dari negara lain di Tengah dan Timur Eropah. 5 euro boleh dapat makanan lengkap dengan daging yang besar.(tidak termasuk air)
Comments
Post a Comment