Rezeki dapat bilik besar di Maverick Lodges, Budapest, Hungary
Salam Semua!
Selepas penat menaiki bas selama 2 Jam 45 Min, kami pun bergegas ke hostel yang telah pun kami tempah untuk membersihkan badan dan berehat.
Asalnya dikejutkan bahawa bilik yang kami tempah (ruangan dorm) telah pun dihuni oleh orang lain. Sistem di Agoda nampaknya tidak updated. jadi apa yang kami tempah sudahlah tiada.
Pihak Maverick menjanjikan kami satu bilik yang mahal disebabkan bilik asal yang ditempah sudah tiada. Alhamdulillah bersyukur..Namun bilik untuk esoknya kami kena cari di tempat lain. Memang lah kejam kan tapi bila fikir balik dia bagi bilik satu malam tu pun dah ok.
Selepas penat menaiki bas selama 2 Jam 45 Min, kami pun bergegas ke hostel yang telah pun kami tempah untuk membersihkan badan dan berehat.
Asalnya dikejutkan bahawa bilik yang kami tempah (ruangan dorm) telah pun dihuni oleh orang lain. Sistem di Agoda nampaknya tidak updated. jadi apa yang kami tempah sudahlah tiada.
Ruangan tamu menunggu ada disediakan air tapi rasa dia pelik sedikit. |
Kaunter yang ceria dan penuh dengan buku |
Alhamdulillah dapat bilik besar beserta bilik air personal. Saya tidur di bahagian atas. Kalau ikutkan yang kami tempah hanyalah dorm biasa~ Tak sangka nak jadi cerita kan~ Untuk esok kami dipulangkan duit yang kami telah bayar secara online.
Bahagian atas pun besar. Setelah beberapa hari tidak selesa berjalan malam itu memang sedap tidur! |
Bilik yang sepatutnya kami tidur adalah seperti dibawah:
Gambar dari internet 6 Bed Female Dorm Ensuite |
Shared Kitchen / Pantry
Gambar dari internet |
Sebelum meninggalkan Maverick Lodges, kami sempat membuat breakfast sendiri dan minum air kopi di sini. Sayangnya dia punya stove canggih sangat saya tak tahu macam mana nak guna. Nak masak maggi hahahaha. Last-last guna kettle boil air panas.
Lokasi
Dalam 400m dari hentian Astoria Tram (Landmark Astroria M - Magnet Bank , Magnet Bank on right, then take straight sampai nmpk CIB Bank, baru belok kanan, straight je dlm 400m nmpk Roni ABC warna oren belah kiri, then belok kiri, then smpai maverick)
Tidak jauh dari stesen Bas ke Airport (Bas 100 E warna biru)
Ada kedai runcit berdekatan yang menjual harga barangan sangat-sangat murah. Sampai Budapest baru dapat air mineral 0.5 Euro / RM 2.26
Di jalan besar ada juga restoran Star Kebab jual makanan halal yang berdekatan dan boleh buat delivery :D. Harga makanan murah cuma kualiti kebersihan kurang sedikit.
Kebersihan
Tip top!
Kemudahan
Banyak, boleh view di website. saya nak highlight yang penting sahaja
* Wifi
* Pantry (ada utensils,peti sejuk boleh masak tapi saya tak reti guna stove dia)
* Free coffee / tea boleh buat kat pantry
* 24H receptionist
* Luggage storage percuma
* Elevator (takdelah penat angkat beg cuma slow skit)
Harga
Untuk dorm biasa bermula dari 12.83 Euro / RM 57.86
Comments
Post a Comment