Timbunan Pasir Berdekatan Pantai Klebang Melaka
Salam Semua! Akhir tahun lepas Disember 2018 saya dan anak sedara saya (2 orang) telah membuat trip travel ke Selatan! dari KL-MELAKA-JOHOR-KL menaiki kereta. dan antara tempat yang kami singgah adalah di Timbunan pasir di Pantai Klebang! Kenapa dekat sini? Kami tertarik dengan posting-posting di internet yang mengatakan ini merupakan tempat yang cantik untuk photoshoot! ala-ala padang pasir di negara Mesir~ Challenge accepted! ok tempat ini memang lah cantik kan .. tp nak masuk tu bukan lah dekat. kena jalan sedikit dalam 30-40minit barulah tiba di timbunan pasir! Ada orang siap main slide pasir ya. di bawa papan slider~ Dikatakan bahawa timbunan pasir ini patut guna untuk pembangunan. Dan ini merupakan kawasan projek. Tapi biasalah kita suka sangat dengan padang pasir ini. Bayaran: Percuma Tips: Bawa air siap-siap lama nak jalan tu, jauh kedalam. Kalau nak main slide bawaklah papan luncur. Lagi jauh jalan lagi ...