Salam semua,
Setelah 2 hari 1 malam di Sarajevo, kami kemudian bergegas ke Sarajevo International Aiport untuk berangkat ke Istanbul!
Naik Teksi ke Sarajevo International Airport
Kami asalnya ingin berangkat menggunakan bas, namun kami tidak mendapati bas dari Old Town ke airport, mungkin kami menunggu di perhentian yang salah atau frekuensi bas tidak terlalu banyak.
Akhirnya, kami mengambil teksi untuk ke airport dengan harga 10 Euro / RM45.21. Walaupun jarak ke airport sangat dekat sebenarnya iaitu 10 kilometre tapi kami ambil jugalah tak nak terlepas penerbangan nanti!
|
Tunggu dekat sini seberang Sarajevo City Hall. Ada gerai kat belakang ni. |
|
Bas tak muncul-muncul. Salah ke? |
Relax di Restoran dan Bar
Hah. Jangan terkejut pula kalau ada bar dekat sini ya. Terkejut juga sis. Walaupun di Bosnia ini 80% daripadanya adalah orang Islam tapi masih ada bar di sini. Kami order air coke / kopi tak silap sambil berehat-rehat. Harga boleh tahan juga.
Lokasi: Tingkat satu di Terminal "B"
Internet 15 min?
Untuk pelawat yang luar atau di ruang ketibaan, hanya boleh melayari internet selama 15 min. Untuk penumpang yang bakal berlepas mereka boleh melayari internet selama 1 jam.
Info lanjut
Bilik Sembahyang untuk Semua Agama
Bilik sembahyang bersaiz 36m2 terletak di tingkat pertama Terminal B, sebelum kawalan pasport dan kastam.
Departure Hall
Lepas semua keperluan dah selesai maka kami pun menunggu dia ruangan ini. Tak ramai orang pun. boleh tidur hahaha. Tapi airport ini tutup ya malam. Kami punya flight awal malam.
|
Departure hall |
|
Ok bye Bosnia! |
Simple jer kan. hah tu lah nak kata KLIA + KLIA2 masih power hahha! Changi Airport lagi lagi power. Hargailah airport kita :D
Comments
Post a Comment