Galata Tower, Istanbul, Turki
Sejarah Galata Tower
Ia merupakan satu menara yang didirikan mengunakan batu zaman pertengahan di Galata/Karatoy (nama komersial sekarang). Melalui menara ini kita boleh melihat panaromic view bandar Istanbul.Galata Tower. Kredit kepada Carlos Delgado / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0) |
Menara ini mempunyai ketinggian 66.9m, 9 tingkat. Dibina pada tahun 1348 di zaman pemerintahan Rom dan mempunyai stail seni binaan Rom.
Dahulunya menara ini dibina untuk keperluan pertahanan ketenteraan. Memerhati sebarang isu/serangan di pelabuhan.
Semasa pemerintahan Uthmaniyah, menara ini masih mempunyai fungsi yang sama dan tambahan untuk memerhati sekiranya terdapat sebarang isu kebakaran di Istanbul.
Dikatakan seorang rakyat di zaman Uthmaniyyah pernah terbang dari menara ini hingga ke daerah Uskudar menggunakan kepak rekaannya.
Sekarang dah ada lif & restoran
Kalau nak lihat pandangan dari Galata Tower ini, kita boleh naik ke atas, atau kalau nak romantik lagi makan di restoran yang ada disitu. Boleh lah menikmati pemandangan indah Istanbul. Ada lif ya untuk naik ke atas.Kredit kepada www.europeanbestdestinations.com |
View dari atas Kredit kepada www.istanbulfantasy.com |
Berdekatan dengan shopping street Istiklal
Dari Galata Tower, kita boleh jalan ke Istiklal. Dekat situ ada banyak gedung-gedung pakaian, makanan, lokal dan internasional. Boleh juga naik tram lama sebab penat tau nak jalan hahahha. di cerun tinggi memang banyak guna tenaga.Memang ramai orang dekat sini. Tambah-tambah pelancong. Belah kiri dan kanan ada banyak gedung. Di sini jugalah terletakknya Taksim Square. Kredit theculturetrip.com |
Cara nak ke Galata Tower, Istanbul
Naik Tram menghala Kabatas berhenti di stesen Karakoy Istasyonu jalan ke Galata tower. kena daki.Cari bangunan QNB, and straight je smpai nmpk kedai geon gursan blh kiri, then belok kiri, and straight smpai nmpk mert silver n gift shop, then belok kanan straight je, smpai bulatan, galata tower belah kiri
Kalau tak nak daki bukit...pergi ke Istiklal dahulu. Untuk ke Istiklal tu boleh ambil tram lama di Tunnel. Dari Tunnel tu tram itu akan bawa ke Taksim Square. (Jalan permulaan Istiklal Street).
Lepas dah ke Istiklal, barulah jalan kaki turun bukit ke Galata Tower.
Tram Lama, bawa orang gi Istiklal shopping street jer tapi penuh. Kredit kepada Ex13 / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0) |
Waktu Operasi dan Tiket
Harga Tiket : 35TL (Harga terkini tahun 2020), kanak 7tahun kebawah percumaWaktu Operasi : 9:00 am - 7:00 pm. Dibuka setiap hari.
Kalau tak nak beratur panjang datang sebelum tengah hari.
Panjang tu queue! Kredit kepada www.istanbulfantasy.com |
Jalan di Istanbul memang jenis berbukit-bukit. Boleh bakar lemak ya hahaha.
Comments
Post a Comment