Makam Sahabat Nabi di Masjid Sultan Ayub, Istanbul Turki
Masjid Sultan Ayub, merupakan masjid pertama yang didirikan selepas Sultan Muhammad Al-Fatih menguasai kota Constantinople.
Kredit gambar kepada www.tourmakerturkey.com |
Sejarah Sahabat Nabi di Kota Constantinople
Sebelum penaklukan Sultan Muhammad Al-Fatih keatas Kota Constantinople(1453), banyak percubaan untuk mengepung dan penaklukan kota ini dilakukan oleh orang Islam. Ini kerana terdapat hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyatakan bahawa kota ini akan jatuh ke tangan orang Islam.“Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. pernah ditanya, “Kota manakah yang dibebaskan lebih dulu, Konstantinopel atau Roma?” Rasul menjawab, “Kotanya Heraklius dibebaskan lebih dulu, yaitu Konstantinopel.” (HR Ahmad, Ad Darimi dan Al Hakim)
Kredit gambar kepada www.tourmakerturkey.com |
Lokasi kubur Abu Ayyub ini dijumpai oleh Sultan Muhammad Al Fatih, dan beliau memutuskan untuk membina makam untuk Abu Ayyub. Maka di Masjid Ayub inilah terletaknya makam Abu Ayyub.
Ramai Pelawat di Sini
Masjid ini dikatakan yang ke-4 yang harus dilawati selepas Masjid Nabawi,Masjid Al Haram, Masjid Al-Aqsa. wallahua'lam.dalam hadith jelas Nabi menyatakan 3 masjid
“Janganlah kalian menempuh perjalanan jauh kecuali menuju ke tiga masjid: masjidku ini (Masjid Nabawi), masjid Al Haram, dan masjid Al Aqsha” (HR. Bukhari no. 1115 dan Muslim no. 1397).
Makam Abu Ayyub al-Ansari |
Ada kedai dan gerai-gerai kecil di bahagian luar Masjid Sultan Ayub
kedai buku, kitab, tudung, banyak di sini juga. Rasa harga lebih berpatutan dari Grand Bazaar. |
Kubur-kubur para Syuhada, orang-orang penting dalam Islam, dan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah dan Republik Turki |
Kubur Ahmad Ammar juga di sini
Saudara Ahmad Ammar merupakan seorang warganegara Malaysia yang menuntut di Universiti Marmara, Turki. Beliau merupakan seorang yang aktivis yang aktif dalam pelbagai kempen kemanusiaan.Kredit Gambar oleh Haji Saiful Nang. lechevalierdaurora.blogspot.com |
Selepas habis sekolah menengah sementara menunggu keputusan SPM, beliau dihantar oleh keluargannya untuk mempelajari bahasa Turki dan Tafsir Quran - Risalah An-Nur di Madrasah Hayrat. Setelah mahir dengan bahasa Turki, ibu bapanya menghantar beliau ke Turki dan meneruskan pengajian di bawah jagaan Hayrat Foundation.
Dalam masa 8 bulan, beliau telah berjaya menamatkan pengajian Risalah An-Nur dan diijazahkan oleh Hayrat Foundation.
Ahmad Ammar ini sangat dihormati oleh kerajaan Turki dan orang Turki sendiri. Beliau merupakan pelajar yang ditaja oleh kerajaan Turki untuk pengajiannya dalam Sejarah di Universiti Marmara.
Bukan mudah untuk dikuburkan di perkarangan Masjid Sultan Ayub ini. Beliau meninggal akibat dilanggar ambulans ketika melintas jalan. Beliau nak pergi mula mengajar pelajar di Turki akan kitab Risalah An-Nur. Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun.
Ruangan Masjid Sultan Ayub
ada air tu boleh minum or refill botol air |
Di luar Masjid Ayub. Ada air pancut cantik... |
Comments
Post a Comment