Mesti naik Cruise Bosphorus Tour kalau ke Istanbul, Turki
Turki Sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian Eropah dan bahagian Asia. Dengan menaiki feri, kita boleh pergi antara dua Bahagian dengan mudah.
Bahagian Eropah Turki dipanggil sebagai Thrace, manakala bahagian Asia dipanggil sebagai Anatolia/Asia Minor/Istanbul. :D
Bila kita naik Cruise, kita berpeluang untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah yang betul-betul menghadap perairan selat Bosphorus. Sangat cantik gah dan megah berdiri.
Kita boleh tengok secara "zoom out" bangunan-bangunan ini. Sebenarnya agak penat juga lah sebab dua jam. Kalau gigih boleh menikmati dan keluar dari feri untuk lihat dengan jelas dan ambil gambar pemandangan.
tapi dia tak cerita details hanya pasang audio yang kurang jelas tentang tempat-tempat yang kita lawati.
Bahagian Eropah Turki dipanggil sebagai Thrace, manakala bahagian Asia dipanggil sebagai Anatolia/Asia Minor/Istanbul. :D
Bila kita naik Cruise, kita berpeluang untuk melihat bangunan-bangunan bersejarah yang betul-betul menghadap perairan selat Bosphorus. Sangat cantik gah dan megah berdiri.
Kita boleh tengok secara "zoom out" bangunan-bangunan ini. Sebenarnya agak penat juga lah sebab dua jam. Kalau gigih boleh menikmati dan keluar dari feri untuk lihat dengan jelas dan ambil gambar pemandangan.
Istana Dolmabahce
Kredit kepada cntraveler |
Kubu Pertahanan Rom
Dapat tengok dinding tinggalan Kota Konstantinople |
Ortakoy Mosque
Kalau singgah daerah Ortakoy, boleh tengok pasar-pasar kedai-kedai jualan menarik di sini, Kredit gambar kepada www.acetestravel.com |
Maiden's Tower
Boleh singgah makan dekat sini kalau berminat. Kredit gambar kepada www.acetestravel.com |
Istana Beylerbeyi
Istana yang dibina dari kayu dan sulaman emas. Kredit kepada www.acetestravel.com |
Ciragan Palace
Istana Ciragan yang kini menjadi hotel mewah. Besar! Kredit kepada Josep Renalias - Own work, CC BY-SA 3.0, wikimedia |
Galata Tower
Boleh nampak Galata Tower. Kredit gambar kepada bosphoruscruise.com |
Kubu Anadolu
Kubu Anadolu binaan kerajaan Uthmaniyyah di atas kuil lama Zeus kredit kepada istanbulguidedtour.wordpress.com |
Semua orang macam penat haha dua jam + mabuk kapal. |
Bagi yang nak bagi makan kepada burung-burung terbang, boleh beli roti simit dan bagi kepada burung-burung itu. |
Banyak burung memang cantik |
Penat sebenarnya tak gigih nak keluar tengok haahhaa, bawa gula-gula ler sebab mabuk naik ferry ini. |
Peta Bosphorus Cruise Tour
Ada beberapa syarikat yang mengendalikan cruise di sini. Kami ambil agak random, sebab masa tu ada satu feri dah nak gerak. Kami bayar hanya 18 TL/RM12.32. Syarikat lain mungkin charge lebih..tapi untuk better tour, saya cadang tour yang ada proper Audio guide. Kalau tak kita tak clear sangat tentang sejarah bangunan-bangunan. Dalam feri boleh beli air, makanan ringan ada toilet semua cuma bersih ke tidak ha ha ha.tapi dia tak cerita details hanya pasang audio yang kurang jelas tentang tempat-tempat yang kita lawati.
Hah inilah laluan cruise/feri. Kredit kepada www.acetestravel.com |
Cara ke Bosphorus Cruise
Boleh ambil tram - T1 menghala ke Bagcilar dan berhenti di stesen EminouCara beli Tiket
cara yang untuk kena elak sebarang penipuan adalah membeli di counter "Bosphorus Tour". Hati-hati dengan ulat tiket.Suasana di Ferry Terminal
Ada kedai makan rasa kat area sini ada satu sandwich ikan famous. |
Suasana |
Comments
Post a Comment