Haga Sophia Penuh Sejarah di Istanbul, Turki
Sejarah Haga Sophia
Haga Sophia / Aya Sofya juga dikenali sebagai "Holy Wisdom" merupakan bekas gereja Greek Orthodox.Pernah bertukar menjadi gereja Roman Katolik semasa di bawah kuasa kerajaan Latin.
Selepas penaklukan kerajaan Uthmaniyyah terhadap kota Konstantinople, Haga Sophia ini bertukar menjadi sebuah masjid.
Dan akhirnya, kini ia bertukar sebagai sebuah muzium.
Haga Sophia. Kredit kepada Adli Wahid di Unsplash
|
Seni Bina Haga Sophia
Haga Sophia dibina pada tahun 527 lagi...sudah lama bangunan ini bertapak di kota Konstantinople. Sejak dari zaman kerajaan Byzantine lagi mereka telah memperkenalkan reka bentuk kubah kedalam seni bina Haga Sophia.Ia dibina oleh 2 arkitek Greek Isidore of Miletus dan Anthemius of Tralles
Patung Isidore of Miletus Kredit kepada © Hubertl / Wikimedia Commons |
Bahagian dalam Haga Sophia dihiasi dengan mozek dan marmar.
Kredit kepada I, JoJan / CC |
Bahagian kubah Kredit kepada Tranxen / CC |
Gereja yang menjadi masjid. Sekarang muzium. Kredit kepada Meriç Dağlı di Unsplash |
Waktu Operasi dan Tiket
09:00 - 19:00 (1 April - 31 Okt)Tutup pada hari Isnin
09:00 - 18:00 (1 Nov- 31 Mac)
Tutup pada hari cuti contohnya Raya Haji/Aidiladha. Tapi berdasarkan pengalaman kami walaupun pada awal November Haga Sophia masih tutup pada 5 November 2018 hari isnin. Saya cadangkan elakkan daripada melawat pada hari Isnin.
Harga ticket : 72 TL / RM72 (percuma untuk kanak-kanak bawah 8 tahun)
**harga dah naik pada 2020**
Boleh guna Istanbul Museum Pass juga, yang lebih berbaloi dan banyak muzium menarik yang boleh dilawati.
Comments
Post a Comment