Masjid Biru atau Blue Mosque di Istanbul
Masjid Biru lambang kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah
Siapa sahaja yang pergi ke Istanbul,Turki pasti akan menziarah Masjid Sultan Ahmet/Masjid Biru terletak bersebelahan dengan bekas gereja yang pernah menjadi masjid dan kini menjadi muzium yang sangat masyur iaitu Hagia Sophia.Masjid ini mula dibina pada tahun 1609 dan selesai pada tahun 1616. 5 tahun itu baru nak siap!
Blue Mosque
Photo by Adli Wahid on Unsplash
|
Reka bentuk Masjid Ahmet/Masjid Biru
Masjid ini terdiri dari 5 kubah, 6 menara, dan 8 kubah kecil. Masjid ini dibina dengan menampakan kebesaran sizenya, keagungannya dan kemegahannya.Arkitek untuk masjid ini adalah saudara Sedefkar Mehmed Agha Biçakçiu anak murid kepada arkitek Istanbul terkenal Mimar Sinan.
Sedefkar Mehmed Agha Biçakçiu. Kredit kepada dailysabah |
Bahagian dalam Masjid
Selain daripada bahagian biasa masjid, Masjid Biru ini juga ada makam Sultan Ahmed 1, dan makam-makam lain, madrasah, dan rumah tumpangan (untuk orang unzur/musafir).Kenapa dipanggil Masjid Biru?
Masjid ini mendapat gelaran Masjid Biru kerana perhiasan dalamnya yang dihiasi dengan tile biru.Waktu Operasi
Untuk orang bukan Islam-boleh lawat untuk waktu-waktu tertentu sahaja.
-setiap waktu solat akan ditutup untuk orang bukan Islam yang tak bersolat sekali selama 90 minit.
- Waktu Buka / Waktu Tutup
08:30 11:30
13:00 14:30
15:30 16:45
Untuk Jumaat
13:30
Untuk orang Islam dan nak solat ya.
- paling awal buka sebelum subuh dalam 5:30am
Kemasukkan Percuma
Untuk membantu maintenance masjid seperti biasa boleh dermakan wang :DRujukan
http://www.sultanahmetcamii.org/opening-closing-time/https://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ahmed_Mosque
http://www.bluemosque.co/
Comments
Post a Comment