Tengah-tengah shopping di
Grand Bazaar, boleh pilih sama ada nak solat di surau dalam Grand Bazaar atau boleh pergi ke masjid yang berdekatan.
Sejarah Masjid Nuruosmaniye
Masjid Nuruosmaniye antara masjid yang berdekatan. Nama masjid ini bermaksud Cahaya Osman. Pembinaan dimulakan pada 1748 oleh Sultan Mahmut I kemudian disiapkan oleh Sultan Osman III pada tahun 1755. Ia mempunyai 174 tingkap yang boleh mendapat pencahayaan semula jadi dari matahari. Reka bentuk berkonsepkan Baroque Ottoman.
Juga Pusat pendidikan Islam
Dalam kawasan ini turut dibina Madrasah, Dapur awam (macam dapur masjid kita ada satu side untuk masak ramai2), perpustakaan.
Ramai pelawat
|
Sis dan pancit giler. tak larat nak tour snap photo hahah. Banyak tingkap dia. |
|
Ramai pelawat yang pergi bazar pergi public toilet dekat sini. Memang penuh tau...Beratur nak gi tandas |
|
Kucing memang banyak ya. Istanbul antara bandar yang mesra haiwan. Mereka sangat sayang kucing dan kat kedai kita boleh bagi tips untuk belikan makanan untuk kucing. Kadang-kadang di tepi jalan boleh nampak orang bina rumah kucing. Banyak orang dari China datang sini. Ada jumpa juga orang Malaysia. Mereka naik cruise rasanya travel singgah Istanbul haaha. Mahal |
Masjid Nuruosmaniye merupakan masjid ke-4 terbesar di Istanbul
Comments
Post a Comment