Salam Semua, hari ini kami nak berkongsi review tentang Hanchi Hostel di Istanbul!
Kebaikan Hanchi Hostel Istanbul
Bersih dan selesa
|
Gambar Internet. Kredit Booking.com . Kalau pagi-pagi tak nampak meja-meja ni depa bawa masuk. Semua pintu tutup. |
|
Gambar Internet. Kredit Booking.com Dekat bar tu juga receptionist counter dia |
|
Gambar Internet. Kredit Booking.com. Bilik yang kami dapat memang besar. Siap ada satu lagi katil dekat belah sana..single bed. Sebenarnya kami tempah bilik lain. Seperti biasa bilik itu tak kosong. Maka mereka beri kami bilik yang ini. Bilik air pun private. :D |
|
Gambar internet. Kredit Booking.com.Cantik bersih bilik air dia. |
- Kami sangat bersyukur dengan bilik yang diberikan, sangat bersih, besar, ada tv, private toilet+bathroom, almari semua sangat best.
Dekat dengan Tram Stesen
- dalam 15-20 minit dari Tram stesen Beyazit
- di cerun ke bawah..nanti nak balik penat juga angkat beg tu..cerun keatas.
Breakfast percuma
|
Hanchi Hostel Free Breakfast Set |
- Roti boleh ambil seberapa banyak. Bayangkan dapat lengkap dengan keju, buah zaitun, jem, tomato, telur rebus, timun, air teh / coffee. Hidangan ini agak lengkap untuk keperluan tenaga waktu pagi.
- Cara makan buah tomato tu kunyah terus satu biji tu..saya makan salah..abis terpancut air tomato tu dekat tudung kawan saya..kesian dia..
- Sangat worth money, sebab dah tak perlu risau cari makanan breakfast, boleh terus focus untuk cari makanan lain
- Menu yang sama hari-hari. Kalau duduk sini hari-hari takut boring pula kan :D
Ada pantri yang boleh dikongsi bersama
Kot kot ada yang nak masak maggie ke buat air kopi ke.
Boleh tumpang simpan bag
Kami tiba awal pagi sebelum waktu check in. Hostel bagi kami tumpang letak bag, dan juga kami boleh guna tandas awam mereka sementara check in. Kami letak bag lepas tu terus keluar dengan tak mandinya hahaha. Tapi di
airport kami dah cuci muka lah gosok gigi.
Wifi percuma macam biasa
- Kami tiada masalah menggunakan perkhidmatan wifi percuma di sini.
Harga Berpatutan
- Seperti yang saya sudah maklumkan kami sebenarnya ambil bilik lain yang lebih kecil dari bilik yang kami dapat. Bilik untuk dua orang kami bahagi kepada dua orang. jadi satu malam bersamaan RM60.50 seorang. Sangat memuaskan.
Keburukkan Hanchi Hostel Istanbul
Ok mari kita cerita pula keburukan dia...
Banyak naik tangga
- Dekat sini tiada lif ya. Bayangkan kami punya bilik di tingkat 3. Kena daki tangga tu. dah turun memang malas nak naik balik ><. Bilik simpan beg pulah bahagian underground. Semua kena kuatkan kaki untuk angkat beg. Kalau tempat murah gini lah. Kena banyak exercise :D
Jalan keluar dari hostel cerun.Penat kaki
- Memang penat ya. Masa pergi ke hostel boleh lah turun bukit. Nak pergi balik dekat stesen tram tu hari-hari kena mendaki. Mental dan fizikal kena positive. Jalan dekat Turki banyak cerun. Patutlah kaki depa ini kuat. Kat Malaysia saya dah biasa jalan flat :P
Susah nak cari teksi
- Melainkan kalau kita nak minta tolong di receptionist. atau kalau kita ada simcard sana..Lagi satu kalau setakat nak pergi kat Tram aja. Teksi pun tak layan..Ramai datang Istanbul suka shopping. Partner saya siap beli lampu mak kirim ni hah. Banyak beg nak kena bawa tu.
Bar ada jual arak
- Kami tak pasti siapa empunya hostel. Tapi di bahagian bawah style macam restaurant pastu ada jual arak ya. Jadi malam-malam agak meriah juga bunyi dekat sini.
Sekitar kawasan banyak restoren seafood mahal
- Betul ada yang bagi review dekat sini ada banyak seafood/fancy restaurant. tapi tu semua restoran mahal-mahal. Kami jalan-jalan sampai terjumpa lorong bangla...Hahahah orang-orang bangla yang buka kedai makan, kedai runcit kat sini buat construction. tapi tak selera pula nak makan..tak tau bersih ke tidak. Last-last jumpa kedai pakcik ini. Pun dekat dengan construction tapi salad dia memang terbaik.
Begitulah perkongsian saya. Pada pandangan saya harga ia amat memuaskan. Cuma kena exercise sedikit ya~ Kalau tak salah bahagian atas sekali ada open area.atas bangunan.
Comments
Post a Comment