Baščaršija Square / Pigeon Square in Sarajevo
Ia juga dikenali sebagai Pigeon Square, kerana terdapat banyak burung merpati yang berada di kawasan ini. Tips nak panggil burung merpati kena bagi makanan. Ada orang jual hahah. tapi kami tak beli.
Kawasan mercu kalau datang ke Old Town / Kota Lama Sarajevo. Kena ambil gambar tau. Di sini juga (bahagian utara) terdapat air pancut yang mengambil air dari kaki bukit.
Sebilj Fountain Photo By Smooth_O - Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=46383984 |
Sebilj Fountain: Credit to travel Partner |
Air ini boleh diminum tau~ Bersih dan natural. Dibina pada zaman kerajaan Uthmaniyah. Selbij / air pancut ini direka dengan gaya Uthmaniyah yang menggunakan kayu.
Berdekatan dengan sini adalah jalan tukang tembaga (sebab banyak kedai yang menjual barangan dari tembaga, dan mereka buat sendiri boleh lihat dan beli). Jalan Tukang Tembaga / Kazandziluk merupakan jalan tertua di Sarajevo.
Bekas peluru roket |
Saya ada post video Bosnia di youtube channel saya~. boleh tengok kedai yang menjual barang-barang tembaga.
kalau duduk di tempat saya tinggal memang sangat dekat dengan kawasan ini.
Comments
Post a Comment