Berlin Tegel Airport
Salam semua! Ok kalau sesiapa yang ingin ambil penerbangan Scoot dari Malaysia ke Berlin, Germany, pasti akan lihat akan salah satu destinasi airportnya yang mendarat di Berlin Tegel Airport! Berlin Tegel Airport gambar dari internet Lapangan terbang ini terletak dikawasan Utara daerah Reinickendorf. Ia agak lama dan tidak moden/besar seperti KLIA kita. Kerajaan Jerman, dalam proses membina lapangan terbang baharu untuk mengantikan Tegel Airport ini, dan kemudian penerbangan utama akan berpindah di situ iaitu Berlin Brandenburg Airport, namun buat masa ini belum lagi tercapai. Berlin Tegel Airport Gambar dari Internet Kebaikan mendarat di Tegel airport adalah ia berdekatan dengan bandar, perjalanan mengambil masa hanya 30 minit sahaja menaiki bus dan boleh mengunakan tiket sehala atau daily pass. Tiket sehala hanyalah 2.8 Euro / RM 12.80, semua ini bergantung pada kawasan yang anda ingin pergi. Sekiranya masih dalam Zone A-B (Dalam kawasan bandar), inilah hargany...