Haga Sophia Penuh Sejarah di Istanbul, Turki
Sejarah Haga Sophia Haga Sophia / Aya Sofya juga dikenali sebagai "Holy Wisdom" merupakan bekas gereja Greek Orthodox. Pernah bertukar menjadi gereja Roman Katolik semasa di bawah kuasa kerajaan Latin. Selepas penaklukan kerajaan Uthmaniyyah terhadap kota Konstantinople, Haga Sophia ini bertukar menjadi sebuah masjid. Dan akhirnya, kini ia bertukar sebagai sebuah muzium. Haga Sophia. Kredit kepada Adli Wahid di Unsplash Seni Bina Haga Sophia Haga Sophia dibina pada tahun 527 lagi...sudah lama bangunan ini bertapak di kota Konstantinople. Sejak dari zaman kerajaan Byzantine lagi mereka telah memperkenalkan reka bentuk kubah kedalam seni bina Haga Sophia. Ia dibina oleh 2 arkitek Greek Isidore of Miletus dan Anthemius of Tralles Patung Isidore of Miletus Kredit kepada © Hubertl / Wikimedia Commons Seni bina Haga Sophia ini telah menjadi inspirasi kepada kebanyakkan masjid Kerajaan Uthmaniyah. Bahagian dalam Haga Sophia dihiasi dengan mozek dan mar...